Hari Keputerian

Monday, April 23, 2012

Madinah Al-Munawwarah

Assalamualaikum. Alhamdulillah, pada 6hb-18hb April lalu. Aku diberi kesempatan oleh Allah untuk mengerjakan umrah. Subhanallah. hanya Allah yg tahu perasaan nya. terasa dekat dengan kekasih Allah, nabi Muhammad S.A.W. Setiap tempat yg kami ziarah, tempat itu jugalah baginda pernah berada. Perasaan sedih, terharu, gembira semua bercampur.



Kitorg bertolak dr rumah 8 am lebih. tp flight pukul 10. sampai Madinah 4pm waktu sana, suhu 27 celcius(haha). tepat azan Asar sampai hotel sana. gambar atas belah kanan tu tgh tunggu dkt lobby sementara mutawif check in kan bilik. Aktiviti hari pertama xde apa2. hari kedua mutawif bawak pergi perkuburan Al-baqi'. tempat di mana sahabat2 nabi, isteri & anak2 baginda(ada beberapa yg dikuburkan di Mekah), dan lain2 ditanam. untungnya mereka yg ditanam disini sbb mereka tidak akan dihisab sampai kiamat. Ya Allah. betapa inginnya aku menjadi ahli al-baqi'. Amin.



ni amek masa lalu dgn bas. hari yg ktorg ziarah xnaik bas pn sbb dkt je perkuburan baqi' ni dgn masjid nabawi.

lepas perkuburan baqi', ktorg berjalan ke arah rawdah. dari luar je tapi sbb perempuan xboleh masuk waktu tu. waktu perempuan lawat rawdah lepas subuh dgn isya' je. lelaki boleh masuk 24 jam sbb rawdah dkt kawasan lelaki sembahyang.



yg baju krim tu mutawif ktorg. maseni dia tgh cerita psl sejarah kubah hijau kot. mutawif tu mcm tourist guide. dia yg tlg settlekan hal check in check out. dia akan bercerita psl sirah nabi dlm perjalanan. dan dia bacakan doa2.

oh ye, ni cerita yg pertama kali aku dgr. rawdah terletak sebelah makam nabi.



kubah hijau tu, bawah tu terletaknya makam rasulullah s.a.w. zaman dulu, wallahualam kebenarannya, sbb ini apa yg diceritakn. org2 nk tukar kubah hijau tu jadi sama mcm kubah silver yg kt depan tu kononnya nk nampak cantik. tp dorg xboleh la bukak kan sbb bwh tu ada makam rasulullah. jadi sorg drpd nya (org kata) ternmpk ular besar lalu jatuh dan meninggal. sorg lg dipanah petir sehingga bdn nya menjadi hijau dan xboleh ditanggal drpd kubah hijau tu. utk bg peringatan dkt org lain. ustaz siap bg hadis. Allah berkata: "barangsiapa yg ingin menyakiti kekasih-Ku( baginda rasulullah s.a.w), maka dia akan berdepan dgn-Ku".


nampak tak bonggolan dkt kubah hijau tu?(dkt dgn bucu kubah ) itu la org yg dikatakan tu. Wallahualam.

Lepas mutawif bacakan doa di Rawdah, sampaikan salam kpd Rasulullah. yg lelaki masuk dlm ke Rawdah. perempuannya tunggu kejap lpstu balik hotel. hewhew. oh ye, di mana pun korang berada. sampaikan la salam kepada Rasulullah. ustaz tu kata, bila kita bagi salam ke rasulullah. dan rasulullah akan jawab salam kita. mendoakan sejahtera ke atas kita. InsyaAllah.
 kawasan luar masjid nabawi. dalam xboleh bawak henfon and camera. polis perempuan dia check beg sorang2. hehe
 sementara tunggu yg lelaki masuk Rawdah.
 before balik berhenti kejap minum air zamzam. :D
and beli starbucks. saje nak rasa starbucks arab. haha menggedik.
okay nnti sambung part 2. panjang2 sgt kang anis hana malas nak baca. hahahahahahha sori anis.
kalau ada salah penggunaan bahasa/kata2/info, aku mintak maaf. yg baik itu dtg dari Allah, yg buruk itu dr saya sendiri. okay byebye. selamat malam, Assalamualaikum. :)

3 comments:

nur anis said...

haha..ada jugak nama aku..ok..aku tunggu part 2..x sabar ni nak baca lagi...

Unknown said...

of cos la ada. part 2 pun ada nama kau lg :P

Nurul Husna Mohd Hassan said...

seronoknya dapat jadi tetamu Allah :)