Hari Keputerian

Monday, April 30, 2012

Makkah Al-Mukarramah part 2

Assalamualaikum. hmm sambung cerita. dkt Mekah bukan hari2 ziarah. ada la selang 2 atau 3 hari. oh Ya Allah. terlupa pulak. dkt Madinah. ada sehari tu ktorg pergi masjid Quba' and Masjid Qiblatain(masjid 2 Qiblat). ada hadis psl "Sesiapa yg mengambil air wudhu dari rumahnya dan sembahyang di masjid Quba', pahala nya seperti buat umrah". okay sambung dkt Mekah.

hari pertama ziarah, ktorg gi tempat unta.








kelebihan unta akan diceritakan next post. ada la dlm setengah jam kot kt sini. lepastu terus gerak gi muzium masjidil haram & masjid nabawi. dalam ni ada tiang Kaabah yg lama. tangga kaabah lama. gambar masjid nabawi&masjidil haram zaman dlu. pintu masjid nabawi yg lama, gambar telaga zamzam dan lain2. kt sini boleh masuk 15 minit je. nk dtg kena ada surat / lesen mcm tu kot. sbb ni tmpt pelancongan jugak. so dia hadkan masa. tp okay je. mutawif tu sempat je tunjuk semua. hehe.


tengah khusyuk dengar mutawif cerita. :P


kawasan luar muzium. hadoi lupa lg. sebelum tu pergi masjid tmpt perjanjian hudaibiyah. kalau x silap la. sbb nak miqat lagi sekali. niat ihram pn dkt situ. sbb tu yg lelaki pakai pakaian ihram ni. lepas muzium, balik hotel balik. nnti sambung psl ziarah seterusnya.

oh btw, psl org kena panah petir tu. ada sumber mengatakan cerita tu xbetul. sebenarnya bonggol tu mcm tmpt saluran air tp bila hujan, makam rasulullah akan banjir sbb air masuk dlm. so dorang buat keputusan tutup lubang tu. tu yg jd bonggol sikit tu. wallahualam.

okay bye. nnti sambung lagi. :D

Thursday, April 26, 2012

Makkah Al-Mukarramah

Assalamualaikum. walaupun blk xhabis kemas, tp xberapa nk rajin nk kemas bagi habis. hewhew. esok sambung kemas. harini sambung cerita.

hari ke-4, ktorg duduk madinah sampai zohor je. so, nk buat wida' (doa selamat tinggal) lepas zuhur. aku buat wida' dekat luar masjid je. huuu :(

lepas wida', makan tengah hari and terus bwk turun bawah beg dan naik bas. dan bye2 madinah :( post lain aku cerita psl khasiat2 kurma, kelebihan unta, dan ilmu2 lain yg aku dpt dr mutawif okay. insyaAllah. :)

lepas tu singgah 'biir Ali'. utk miqat(sembahyang sunat ihram&niat ihram). semua yg laki dh siap pakai ihram(pakaian yg xberjahit,xleh tutup kepala, xleh tutup mata kaki). pagi tu semua dh siap2 mandi bersabun shampoo bagai. dlm ihram wangi2an dilarang. sampai habis bertahlul (potong rambut).

dkt biir Ali , aku dpt niat dlm bas je. so sementara dlm bas, aku curik2 amek gambar biir Ali. hehe


Jauh la pulak kan gambar. huehe. perjalanan Madinah ke Mekah amek masa lebih kurang 5 jam. dpt peluang tgk matahari terbenam dlm perjalanan. MashaAllah, terlalu cantik!


Nampak matahari mcm bola je. bulat penuh. cantik! masa ni dh tukar mutawif sbb mutawif yg 1st tu kena ambik jemaah yg br sampai Madinah.

Sampai Mekah waktu Isya'. pukul 8 mcm tu kot. kt sini mutawif lain pulak sambut. lps angkat brg naik bilik, dorg siap2 amek wudhu' turun balik untuk buat umrah (tawaf, sai'e, tahalul) dgn mutawif tu sekali. dia lead. hehe. Untung lah mereka. Aku pulak sampai je blk terus terbongkang xsedar apa. huuuu. nnti aku bgtau apa silap aku dkt sana. eh ni bkn nak buka aib sendiri. cuma xnk korg2 terbuat silap mcm aku. hehe. so ni je la aktiviti hari pertama sampai Mekah. esok sambung lagi :) selamat malam.

Wednesday, April 25, 2012

postpone.

cerita perjalanan ke Mekah kena postpone. sbb harini sibuk psl ni


dan


yeah inilah kalau majlis kawin lg sebulan. kehkeh tp dah siap dh kemas. tgl sikit je lg. dah settle semua br sambung cerita :)

Assalamualaikum.

Tuesday, April 24, 2012

Madinah Al-Munawwarah (part 2)

ni arahan anis ni. buat part by part. ni bukti:


hahahahhaha sori la kan before ni pjg sgt post. hahahahaha. okay sambung cerita.

keesokan nya. kitorg pergi ladang kurma. dia cerita jenis2 kurma and khasiat kurma tu. ada yg buang kanser&racun. ada yg kuatkn lutut. ada utk kuatkn rahim dan lain2 lg. dkt sini ramai kata jgn beli sbb mahal. so kalau nk beli kurma, carik tmpt lain okay. mngkin sbb ni tmpt tarikan pelancong. so dia mahal sikit la kot. and kurma akan berbuah bila cuaca panas. mutawif kata ramadhan nnti baru byk buah kurma ni. :)





ni pokok kurma dia.


ada teh free dia bagi. dlm cwn kecik yg Balqis pegang tu. hehe



oh before tu/after xsure, lalu jabal uhud kot. ala tiba2 lupa. perang uhud dkt bukit uhud kan? haa lalu situ la. and ada bukit pemanah tentera Islam. ada la mutawif cerita psl perang2 ni. psl siapa yg bunuh abu jahal. kisah hindun yg mkn hati saidina hamzah sbb geram saidina hamzah bunuh semua ahli keluarga dia. dan nabi bersabda: walaupun hindun mkn hati saidina hamzah dia xkan masuk neraka sbb darah&anggota badan org mati syahid xkan dijilat api neraka. tp beberapa thn lps tu, ditakdirkan Hindun masuk Islam. SubhanAllah.

dkt sini ktorg xturun pun. lalu mcm tu je. and mutawif kata dkt perkampungan Badar, org kata malam2 dgr org tgh berperang. Wallahualam. best dgr mutawif cerita psl perang. dulu kita belajar. tp mana nk igt. mutawif ni siap hafal nama, perang apa. tahun, siapa bunuh siapa, hadis,doa. MashaAllah. Lelaki mcmni yg kita cari. :P

lepas dh jalan2. balik hotel balik. dan aktiviti bebas. siapa nk masuk rawdah, sendiri2. nk jalan shopping, sendiri2.

episod esok cerita psl perjalanan ke Mekah pulak. :) selamat malam. Assalamualaikum.

Monday, April 23, 2012

Madinah Al-Munawwarah

Assalamualaikum. Alhamdulillah, pada 6hb-18hb April lalu. Aku diberi kesempatan oleh Allah untuk mengerjakan umrah. Subhanallah. hanya Allah yg tahu perasaan nya. terasa dekat dengan kekasih Allah, nabi Muhammad S.A.W. Setiap tempat yg kami ziarah, tempat itu jugalah baginda pernah berada. Perasaan sedih, terharu, gembira semua bercampur.



Kitorg bertolak dr rumah 8 am lebih. tp flight pukul 10. sampai Madinah 4pm waktu sana, suhu 27 celcius(haha). tepat azan Asar sampai hotel sana. gambar atas belah kanan tu tgh tunggu dkt lobby sementara mutawif check in kan bilik. Aktiviti hari pertama xde apa2. hari kedua mutawif bawak pergi perkuburan Al-baqi'. tempat di mana sahabat2 nabi, isteri & anak2 baginda(ada beberapa yg dikuburkan di Mekah), dan lain2 ditanam. untungnya mereka yg ditanam disini sbb mereka tidak akan dihisab sampai kiamat. Ya Allah. betapa inginnya aku menjadi ahli al-baqi'. Amin.



ni amek masa lalu dgn bas. hari yg ktorg ziarah xnaik bas pn sbb dkt je perkuburan baqi' ni dgn masjid nabawi.

lepas perkuburan baqi', ktorg berjalan ke arah rawdah. dari luar je tapi sbb perempuan xboleh masuk waktu tu. waktu perempuan lawat rawdah lepas subuh dgn isya' je. lelaki boleh masuk 24 jam sbb rawdah dkt kawasan lelaki sembahyang.



yg baju krim tu mutawif ktorg. maseni dia tgh cerita psl sejarah kubah hijau kot. mutawif tu mcm tourist guide. dia yg tlg settlekan hal check in check out. dia akan bercerita psl sirah nabi dlm perjalanan. dan dia bacakan doa2.

oh ye, ni cerita yg pertama kali aku dgr. rawdah terletak sebelah makam nabi.



kubah hijau tu, bawah tu terletaknya makam rasulullah s.a.w. zaman dulu, wallahualam kebenarannya, sbb ini apa yg diceritakn. org2 nk tukar kubah hijau tu jadi sama mcm kubah silver yg kt depan tu kononnya nk nampak cantik. tp dorg xboleh la bukak kan sbb bwh tu ada makam rasulullah. jadi sorg drpd nya (org kata) ternmpk ular besar lalu jatuh dan meninggal. sorg lg dipanah petir sehingga bdn nya menjadi hijau dan xboleh ditanggal drpd kubah hijau tu. utk bg peringatan dkt org lain. ustaz siap bg hadis. Allah berkata: "barangsiapa yg ingin menyakiti kekasih-Ku( baginda rasulullah s.a.w), maka dia akan berdepan dgn-Ku".


nampak tak bonggolan dkt kubah hijau tu?(dkt dgn bucu kubah ) itu la org yg dikatakan tu. Wallahualam.

Lepas mutawif bacakan doa di Rawdah, sampaikan salam kpd Rasulullah. yg lelaki masuk dlm ke Rawdah. perempuannya tunggu kejap lpstu balik hotel. hewhew. oh ye, di mana pun korang berada. sampaikan la salam kepada Rasulullah. ustaz tu kata, bila kita bagi salam ke rasulullah. dan rasulullah akan jawab salam kita. mendoakan sejahtera ke atas kita. InsyaAllah.
 kawasan luar masjid nabawi. dalam xboleh bawak henfon and camera. polis perempuan dia check beg sorang2. hehe
 sementara tunggu yg lelaki masuk Rawdah.
 before balik berhenti kejap minum air zamzam. :D
and beli starbucks. saje nak rasa starbucks arab. haha menggedik.
okay nnti sambung part 2. panjang2 sgt kang anis hana malas nak baca. hahahahahahha sori anis.
kalau ada salah penggunaan bahasa/kata2/info, aku mintak maaf. yg baik itu dtg dari Allah, yg buruk itu dr saya sendiri. okay byebye. selamat malam, Assalamualaikum. :)