Hari Keputerian

Sunday, September 03, 2017

kehidupan

Hai Assalamualaikum. Tiba2 rasa mcm nak menulis. Okay mungkin menaip.

Saje nak mengarut. Diri sendiri tak lah baik mana. Tapi kadang2 monolog luaran tu perlu. Utk peringatan.

Aku rasa jauh. Mungkin dah sgt terbawa-bawa dengan keadaan selesa. Dulu Allah uji dengan putus cinta. Baru terhegeh2 aku perbaiki diri. Tapi bila diuji dengan kebahagiaan. Terus aku lupa diri. Mungkin jugak terlalu banyak makan. Sampai ibadah sunat susah aku nak amalkan. Macam puisi pulak weh. Hahaha.

Okay taknak la bahasa puisi. Bahasa pasar pulak.

Untuk kawan2  dan keluarga. Saya tahu berat ujian awak. Allah uji awak sebab Allah sayang. Besar ganjaran Allah nak bagi. Dan kalau saya di tempat awak, belum tentu saya mampu. Saya cemburu. Awak sangat tenang hadapi semua nya. Semoga Allah lindungi kita semua. Dan Allah bawa kita ke jalanNya. ❤️

S

Tuesday, May 30, 2017

Hi

Lamanya tak berblogging.

Alhamdulillah tahun ni lagi 10 hari dah nak masuk 28 tahun. Kejap je rasa. Sepanjang nak ke 28 tahun ni pun macam2 benda jadi. Dan Alhamdulillah untuk semua nya. Yang suka. Yang duka. Semua tu mengajar. Takde satu pun aku kesalkan. Wow matang tak ayat. Haha.

Hmm tiba tiba rasa nak share satu benda.

Tahu tak. Kalau kita inginkan sesuatu, tapi kita x nampak jalan ke arah tu. Tanam niat. Selalu sebut dan doa. InsyaAllah Allah bukak dan tunjukkan jalan. Dulu masa kerja, selalu sebut nak jual kuih/kek. Sebab dulu minat. Tapi xnampak jalan. Tapi selalu sebut dekat kawan2 ofis. Alhamdulillah Allah bukak kan jalan. Sekarang dah ada crumbspuffs ๐Ÿ˜†. Semoga istiqamah. Aamin.

Lepastu dari dulu teringin nak pergi laut biru. Walaupun taktau laut mana satu yang akan pergi, dekat mana, macam mana nak pergi, dengan siapa. Tapi selalu sebut nak pergi laut biru. Alhamdulillah May 2017 dapat pergi. PERHENTIAN. Thank you Aina, Izzah, Yan, Ija, Mawar, Kak Ila & Kak Su. Bagi insan yang kerdil yang saiz nya tidak kerdil ni join. Heheh.

Jadi kalau nak sesuatu, selalu lah sebut. Kata2 tu kan doa. Sebab tu kena sebut yang baik2. Aaa ini utk diri sendiri jugak ni. ๐Ÿ™ˆ

Ok bai.



Sunday, November 01, 2015

Takde idea.

Sebenarnya bosan. Nak update blog pasal travel taaapppiii tak berapa rajin nak on laptop. Huehe. So kalini nak cerita merapu. 

Oh, tak cerita pun lagi pasal 2014 kan? Mcm2 terjadi tahun 2014. Anak buah dari satu dah jadi tiga. Alhamdulillah. Ipar masih lagi dua. Dan ada beberapa pengalaman tak best yang kalau lah masa boleh diputarkan, rasa nak skip part tu. Tapi benda dah jadi. Belajar je lah dari kesilapan. Kini aku pasrah dengan segalanyaaaa. ๐Ÿ˜‚

Okay nanti la carik idea. Takde topik nak tulis. Goodnight. 



Mek Ayla excited tengok diri sendiri๐Ÿ˜…

Saturday, October 24, 2015

Post-travel

Assalamualaikum buat yang muslim dan selamat sejahtera. Alhamdulillah dah selamat pulang dari travel haritu. Dah sebulan masuk kerja dah pun. Huehe. Hmm nak jugak buat post pasal travel. Cumaaa, gambar byk dlm hard disc. Kena tunggu on laptop yang tak tahu la bila akan ter on baru boleh update. So takpe. Post kalini nak cerita kesilapan masa travel yang harap2 orang lain tk buat.

1) Kena kurangkan lagi bawak baju. Masa datang luggage berat dengan stok makanan adik. Masa balik ingatkn ringan la sikit. RUPANYA TAK PUN. And ada je baju yang semangat bawak last2 tak terpakai. Buat berat je. -_-

2) Sebelum travel, kena banyak google psl tempat tu. History bangunan etc. Haritu konon nak google. Tapi before pergi sibuk pagi ptg siang malam cari duit belanja. Tak tergoogle. Sampai tempat tu macam blur la jugak. Apa sejarah nya? Apa keistimewaan bangunan ni? Blabla. Next time KENA GOOGLE.

3) Benda pertama kena buat masa sampai negara orang - CARI MAP. Haritu asyik lupa je nak cari map. Sampai masuk disneyland pun tak amik map dulu. Oh nanti kena buat post pasal disneyland. Banyak kesilapan kitorg time tu. Hahaha adoi la.

4) Kena try makan dekat macam2 kedai. Baru la tau kedai mana best kedai mana tak. Haritu banyak makan dekat kedai sama dua tiga kali. Tak sempat nak mengeksperimen makanan sgt. Heee

5) ada lagi beberapa kesilapan. Cuma nak cerita dekat sini tak best.  Tapi kawan2 atau family boleh tanya saya personally. InsyaAllah sy kongsi.

InsyaAllah next year pun nak buat lagi macam ni. Travel dan belajar pasal dunia luar. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih dan panjang umur. Dah plan dah. Dan tengah menyimpan duit. Oh lagi satu. Bagusnya travel ni, kita belajar nak simpan duit. Lagi2 bila tengok negara luar barang murah. Bila sampai Malaysia terasa sgt beza harga tu. Laaagggiii la rasa bila nak shopping tu "ish ni tak perlu" "ni kehendak je ni". (Bab shopping boleh menyimpan. Tapi bab makan susah. Hooww laaaT.T)

Okay la tu je.

Bye.
S

Wednesday, September 02, 2015

Sebelum dan sesudah remaja

Salam. Hai. Lama tak menulis. Entah bakat menulis ada lagi ke tak tah. (Cewah. Dulu berbakat ke? ptuihh. :P)

Hmmm. InsyaAllah lagi 3 atau empat atau lima hari ni akan pergi travel. Yezza alhamdulillah tercapai impian nak berjalan tahun ni. Walaupun mmg hari2 pun berjalan. Idoknya teman nak merangkak tetiap hari. Hambar tak? hahaha.

Tapi nk cerita sikit. Dulu2 kalau berjalan, kita happy je kan? Duit pun takyah keluar, malahan duit seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Tiket takyah bayar, makan takyah bayar. Tahu2 pergi sana dapat duit shopping lepastu yahoo messenger la ape lagi. shopping tak hengat. Itu zaman sebelum remaja.

Sesudah remaja? Sesudah remaja dia, kenal dunia taknak ikut cakap ibubapa. Eh itu lagu. Hahah okay merepek no satu. Sambung balik. Bila dh dewasa, dah kerja. Nak travel tu macam cinta monyet. Bersungguh sungguh jugak nak. Walaupun tahu duit simpanan tidak tersimpan lagi. Booo hoo hooo (nangis)

Mula-mula pening kepala nk beli tiket. Terpaksa la buat loan. (dengan mak ayah. kehkehkeh) Lepastu pening kepala pulak nak tukar duit. Masa ni la baru menyesal beli make up, kasut etc. Mula la dialog "kalau tak beli tu, sekarang dah jimat RM***" blabla) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian pendapatan habis licin bak hang. HMMMPH.

Jadi pesanan saya utk adik2, abang2, kakak2 dan seangkatan dengan nya, sila la berjimat. Sebelum shopping tu fikir dulu itu keperluan atau kehendak. Jangan tiru macam saya okay?

Takpe takmau fikir dah bab duit ke ape. Tazabar nak berjalan and merehatkan minda. Heeee excited!

Sekian post yang boring dari saya. Dan tak berapa rajin upload gambar. Ini pun beza sebelum dan sesudah remaja. Sebelum remaja bukan main segala gambar bagai nak terangkan. Sesudah remaja, nak menulis pn malas. Lagi setahun baru buat next post. Okbai. Hahah


S

Tuesday, January 27, 2015

Tips kurus

Assalamualaikum and salam sejahtera. Walaupun aku sendiri belum cukup kurus, tapi memandangkn beberapa org dah tanya tips turun berat, so ini lah dia.

Firstly, kira bmr kita. Kita tak boleh ikut apa yg org makan. Sebab org yg berat lebih, memerlukan kalori lebih. Cara kira bmr:-

BMR: 655+(9.6 x kg[berat badan] ) + (1.8 x cm [tinggi]) - (4.7 x age)

Contoh eh, kalau dulu berat aku 104.5kg, bmr aku dlm 1700++. So aku akan makan dlm sehari tak lebih 1700. kalau agak2 terlebih, aku akan bakar balik kalori dgn berjogging / senaman2 lain.

Waktu mula2 join jomkurus ni, pemahaman aku ttg diet salah. Aku rasa nk kurus kena tak makan nasi and ratah lauk je. Ratah lauk pulak ayam masak merah la, rendang, ayam masak lemak. Lepastu bila cerita dekat trainer, dia kata no-no. Berminyak and berlemak. So aku tukar style mkn. Aku amek nasi dlm suku senduk and lauk aku ubah ke yg bakar2, kukus, sup etc yg tak guna minyak. Alhamdulillah byk turun. Lagi, jgn lupa minum air yg byk. Kalau kita gemuk air, salah satu cara nk buang adlh dgn minum air yg byk. So badan tak simpan air. Kurangkan garam dlm masakan.  Ambil snack antara breakfast ke lunch dan antara lunch ke dinner. Antara snack yg bagus adalah jambu batu, kekacang, kismis etc. Tp ingat, kena jaga portion jugak. Jgn makan jambu sampai lima biji =_='

Utk senaman, aku buat jogging, body combat, zumba, squat, lunges, sit up etc. yg selalu nye jogging je. yg lain2 aku buat bila rajin. Haha
Ape lagi eh. Oh yg penting kena istiqomah. Mcm aku, turun lambat sikit sbb time raya aku melantak tak hengat And ade jugak beberapa kali aku stop berbulan2 lpstu sambung balik. Yg ni jgn ikut yeee. Hehe. Skrg ni baru nk start balik. Aim aku nk dpt kan 64kg. InsyaAllah. Semoga Istiqomah.

Kalau ade ape2 pertanyaan, boleh rujuk pd yg pakar. Meh aku share kn.

Kalau bab diet, blh rujuk : fb(Mohd Khairul Azuan) Insta (keyo87)
Kalau bab workout atau ade niat nk buat pt,: fb(Gillian Benjamin) Insta(fitnessmodel_gillianbenjamin) dengan fb(Qhal Isnariah) insta (qh4l)

So goodluck pada yg nak turun berat. Harap ini membantu. ;)

Fighting!

S

Sunday, January 25, 2015

Menabung.

Assalamualaikum buat yg muslim dan salam sejahtera buat semua.

Okay utk post sebelum ni. Aku dh buat keputusan. Memandangkan bulan 8 mama kata nk kena UK, so aku pilih utk simpan duit. Hehe. Mama kata simpan duit, dkt sana nanti shopping la. Yeayers!

Jadi setelah mengira-ira dan mencongak-congak, aku kena simpan dalam rm600 sebulan. (Tolong la simpan sakinah. Tahan nafsu shopping sikit okay? )

Jadi, impian aku sekarang nk melancong ke  byk2 tempat sebelum kahwin. Sbb org kata, dah kawin nanti susah. kos bertambah. kalau ade anak kecik lagi payah.  Jadi, marilah berusaha!

S