Hari Keputerian

Sunday, May 12, 2013

So random.

Yaw! Lama tak update. Sejak duduk rumah ni, macam takde apa nak cerita sangat. Sebab semua dah cerita dekat facebook, instagram, keek dan lain lain :P

Btw, semalam tertengok channel KBS pasal kesihatan. Kebetulan topik dia adalah stroke. Dia kata antara penyebab stroke adalah smoking, alkohol, dan terlalu banyak/tinggi kolestrol. bila makan banyak daging, saluran darah kot akan tersumbat/pecah, and mula la stroke. Antara simptom2 dia, pandangan jadi kabur, tangan akan rasa kebas/hilang daya nk pegang barang and bila bercakap kita akan hilang fokus rasanya. And ramai dah yang meninggal sbab stroke. Ya Allah semoga kita semua dilindungi dari penyakit2 berbahaya. (sorry tak reti nak terangkan betul2. Thats why la tak amek bio :P) nak tahu lebih lanjut sila google okay. Sorry kalau ada tersalah bagi info.

Last, nak bagitau. Anak buah titeww dah becar dah. Dah pandai jalan, cakap sikit2 je. Yang penting kuat benor nak keluar jalan2. Duduk dalam rumah sikit je mula la bad mood. Nanti dia suruh dukung lepastu tangan mula la tunjuk pintu and cakap "kak" (bukak). lagi dia pandai "tup"( tutup), dah pandai panggil "sha" (Yeeaayyy!), "ba", "da", "ish"(fish), dan macam2 lagi. Hehe sayang banyak banyak.

Ni gambar latest dia. Dah kurus sikit dah.

Friday, January 04, 2013

Pengalaman.

Assalamualaikum. Harini saje nak cerita pengalaman as cikgu tadika. Dulu aku selalu berangan jd cikgu tadika. Sbb tadika aku dulu best. Ada sorg cikgu ajar muzik ni, bila time kelas je. Dia susun meja kerusi dekat tepi and dia akan ajar kitorg lagu sambil menari satu kelas sama2 dgn kitorg. Lps tu time rehat, kitorg akan makan sama2 dgn cikgu. Semua pun excited nk bagi cikgu kelas rasa bekal masing2. Ada waktu main playground, main pasir dan mcm2 lg.

So bayangan cikgu tadika aku mcm tu. Aku nak jd cikgu yg fun. Mengajar tp xmembosankan. Ajar lagu, menari, blabla.
Pergi sekolah pakai blouse and skirt (ahh byk sgt tengok movie ni!)

Apa yg terjadi adalah, pakai baju kurung 4 kali sehari. Jumaat pakai kasual sbb bebudak ada silat. (okay angan2 satu dah kena potong. haha) Bila aku nak ajar lagu, yang girl suka. Boy pulak ada yg suka ada yg bajet macho xnk menyanyi2 ni. Amboi! Tp aku nk jugak ajar lagu sbb aku rasa kanak2 perlukan lagu. Sekurang2 nya bila besar dorg boleh cerita "Ingat lagi, dulu dkt tadika kitorg belajar lagu blabla". Taknak la asek belajar je. Tadika xpayah nak serious2 sangat. :p Tp aku sempat ajar 5 6 lagu je. and dorang suka jugak akhirnya. Yeayers satu angan2 termakbul.

And yang paaaallllinngg aku suka, bawak bekal pergi kerja and makan dlm kelas dgn budak2. Aku excited nk bagitau dorg aku bwk apa. And dorg pun ada yang "teacher harini kita bawak blabla. Nak makan dgn teacher la"Heee rindu pulak. Kdg2 mama siap suruh bawak bekal lebih lg sbb tahu la budak2. Perut asek lapar je. Mkanan rehat dorg xpernah cukup. Lpstu pow makanan teacher. =_= Kdg2 aku suka kacau sorg budak ni sbb walaupun dia bwk bekal tapi mesti nak makan makanan aku jugak. Saje buat2 xnk bagi dia lpstu dia menangis. hahaha ee manja tp budak tu aku plg syg. Kalau bwk food memang suka bagi dia. Semua pun dia makan. Lps makan dia cium pipi. dia ckp "dekat rumah kalau umi masak je, sy cium umi ckp emm sedapnye umi masak.". So bila dia suka makanan aku bwk, dia cium aku jugak. hahahaha Ahh byk sgt nak cerita tp post dh panjang sgt. Lain kali okay sambung. Goodnight.

p/s: Rindu bebudak. Cemana la dorg sekarang. Darjah satu mane boleh manja2 macam tadika dah :(















Thursday, January 03, 2013

Carian kerja.

Assalamualaikum dan selamat malam. Sungguh gemar aku menghapdate belog memalam buta. Sbb siang aku ada bayi utk dijaga. Tak menang tangan dan kaki. Asyik kalah je. Hahah poyos.

Ye, untuk pengetahuan aku dah berhenti kerja atas sebab peribadi. Taknak lah cerita takut jatuh aib sesiapa. Sekarang kerja aku bayi itu lah. Yang 8 kg tu. dan kerja sampingan. Ala2 surirumah cuma beza dia belum ada rumahtangga utk aku menjadi suri nya. OHMYGOD ayat! hahahahahahahahha

So sejak dua menjak aku berhenti ni. Konon la nk carik kerja serius serius. Semangat weh aku download apps carik kerja bebanyak. Tapi.......................................

Satu pn aku tak bukak. hahahaha typical Sakinah. Selalu semangat lebih tapi akhirnya terkubur dan menjadi bubur lagi. :( Entah, belum bersedia nak bekerja. Masalah peribadi pn belum selesai. So tgk la. Bulan 2 ke 3 nnti br aku carik kerja balik. Dan kalau ada rezeki, bekerja lah aku nnti. Amin. InsyaAllah.

Ni haa apps yg aku dh download dan berusang. heee nite!

Wednesday, January 02, 2013

Senam setujuh selapan

Assalamualaikum. hmm harini sambung kisah azam. Ingat lagi tak post tahun lepas yg azam setiap hari tu? bahahaha hambar. ye post dua/tiga sebelum ni je.

Aku dah cuba kurang makan. Setiap kali makan aku tak tambah. Tak makan malam. (kadang-kadang TERjugak makan. haha) Kalau lapar sgt aku tambahkan lauk dan bukan nasi. Tapi bab bersenam. hmm heeeee. :')

Entah la kenapa setiap kali nak berlari/berlari-lari anak/berjalan/berjalan-jalan bapak(jalan laju2) mesti berdebor lebih. Lepastu niat nak bersenam tu terkubur. Lalu menjadi bubur. Nasi sudah jadi bubur. Tapi bubur takkan boleh menjadi nasi. HAHA tade kena mengena.

Oleh kerana tuan bencikan lemak tp lemak sayang kan tuan. Tuan terpaksa ambil alternatif lain. Ye, banyakkan bergerak. Nak lebih berkesan, kau gendong lah anak buah 8kg sambil buat kerja. hahahahhaha Patah pinggang eden. Tapi bagus jugak. Mcm tau2 je Allif ni. pagi2 kalau buat kerja. Tak kira la sidai kain ke, sapu ke, tgk tv ke. Mesti kena ulang alik.

Seminit pertama dia baring minum susu. Minit kedua tiba2 dia dekat tangga. Takut jatuh punya psl, pergi lari amek dia letak bwh balik. Seminit selepas itu, dia dkt depan pintu. Takut org bukak pintu dia jatuh, amek lg dia. Kau letak dekat A, tengok2 dia dh dekat C. Kau letak kat G, Tengok2 dia dh dekat W. Kalau kau letak dkt Z, tengok2 dia dekat Z lagi. Sebab tengah tidur. Habis dh penat explore A to Z baru nak tidur. =____= Ini lah senaman aku setiap hari. Terima kasih baby. Tolong amisha buang lemak degil. hahahhaha okay goodnight.