Hari Keputerian

Wednesday, January 02, 2013

Senam setujuh selapan

Assalamualaikum. hmm harini sambung kisah azam. Ingat lagi tak post tahun lepas yg azam setiap hari tu? bahahaha hambar. ye post dua/tiga sebelum ni je.

Aku dah cuba kurang makan. Setiap kali makan aku tak tambah. Tak makan malam. (kadang-kadang TERjugak makan. haha) Kalau lapar sgt aku tambahkan lauk dan bukan nasi. Tapi bab bersenam. hmm heeeee. :')

Entah la kenapa setiap kali nak berlari/berlari-lari anak/berjalan/berjalan-jalan bapak(jalan laju2) mesti berdebor lebih. Lepastu niat nak bersenam tu terkubur. Lalu menjadi bubur. Nasi sudah jadi bubur. Tapi bubur takkan boleh menjadi nasi. HAHA tade kena mengena.

Oleh kerana tuan bencikan lemak tp lemak sayang kan tuan. Tuan terpaksa ambil alternatif lain. Ye, banyakkan bergerak. Nak lebih berkesan, kau gendong lah anak buah 8kg sambil buat kerja. hahahahhaha Patah pinggang eden. Tapi bagus jugak. Mcm tau2 je Allif ni. pagi2 kalau buat kerja. Tak kira la sidai kain ke, sapu ke, tgk tv ke. Mesti kena ulang alik.

Seminit pertama dia baring minum susu. Minit kedua tiba2 dia dekat tangga. Takut jatuh punya psl, pergi lari amek dia letak bwh balik. Seminit selepas itu, dia dkt depan pintu. Takut org bukak pintu dia jatuh, amek lg dia. Kau letak dekat A, tengok2 dia dh dekat C. Kau letak kat G, Tengok2 dia dh dekat W. Kalau kau letak dkt Z, tengok2 dia dekat Z lagi. Sebab tengah tidur. Habis dh penat explore A to Z baru nak tidur. =____= Ini lah senaman aku setiap hari. Terima kasih baby. Tolong amisha buang lemak degil. hahahhaha okay goodnight.









0 comments: