Hari Keputerian

Wednesday, September 02, 2015

Sebelum dan sesudah remaja

Salam. Hai. Lama tak menulis. Entah bakat menulis ada lagi ke tak tah. (Cewah. Dulu berbakat ke? ptuihh. :P)

Hmmm. InsyaAllah lagi 3 atau empat atau lima hari ni akan pergi travel. Yezza alhamdulillah tercapai impian nak berjalan tahun ni. Walaupun mmg hari2 pun berjalan. Idoknya teman nak merangkak tetiap hari. Hambar tak? hahaha.

Tapi nk cerita sikit. Dulu2 kalau berjalan, kita happy je kan? Duit pun takyah keluar, malahan duit seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Tiket takyah bayar, makan takyah bayar. Tahu2 pergi sana dapat duit shopping lepastu yahoo messenger la ape lagi. shopping tak hengat. Itu zaman sebelum remaja.

Sesudah remaja? Sesudah remaja dia, kenal dunia taknak ikut cakap ibubapa. Eh itu lagu. Hahah okay merepek no satu. Sambung balik. Bila dh dewasa, dah kerja. Nak travel tu macam cinta monyet. Bersungguh sungguh jugak nak. Walaupun tahu duit simpanan tidak tersimpan lagi. Booo hoo hooo (nangis)

Mula-mula pening kepala nk beli tiket. Terpaksa la buat loan. (dengan mak ayah. kehkehkeh) Lepastu pening kepala pulak nak tukar duit. Masa ni la baru menyesal beli make up, kasut etc. Mula la dialog "kalau tak beli tu, sekarang dah jimat RM***" blabla) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian pendapatan habis licin bak hang. HMMMPH.

Jadi pesanan saya utk adik2, abang2, kakak2 dan seangkatan dengan nya, sila la berjimat. Sebelum shopping tu fikir dulu itu keperluan atau kehendak. Jangan tiru macam saya okay?

Takpe takmau fikir dah bab duit ke ape. Tazabar nak berjalan and merehatkan minda. Heeee excited!

Sekian post yang boring dari saya. Dan tak berapa rajin upload gambar. Ini pun beza sebelum dan sesudah remaja. Sebelum remaja bukan main segala gambar bagai nak terangkan. Sesudah remaja, nak menulis pn malas. Lagi setahun baru buat next post. Okbai. Hahah


S