Hari Keputerian

Tuesday, January 27, 2015

Tips kurus

Assalamualaikum and salam sejahtera. Walaupun aku sendiri belum cukup kurus, tapi memandangkn beberapa org dah tanya tips turun berat, so ini lah dia.

Firstly, kira bmr kita. Kita tak boleh ikut apa yg org makan. Sebab org yg berat lebih, memerlukan kalori lebih. Cara kira bmr:-

BMR: 655+(9.6 x kg[berat badan] ) + (1.8 x cm [tinggi]) - (4.7 x age)

Contoh eh, kalau dulu berat aku 104.5kg, bmr aku dlm 1700++. So aku akan makan dlm sehari tak lebih 1700. kalau agak2 terlebih, aku akan bakar balik kalori dgn berjogging / senaman2 lain.

Waktu mula2 join jomkurus ni, pemahaman aku ttg diet salah. Aku rasa nk kurus kena tak makan nasi and ratah lauk je. Ratah lauk pulak ayam masak merah la, rendang, ayam masak lemak. Lepastu bila cerita dekat trainer, dia kata no-no. Berminyak and berlemak. So aku tukar style mkn. Aku amek nasi dlm suku senduk and lauk aku ubah ke yg bakar2, kukus, sup etc yg tak guna minyak. Alhamdulillah byk turun. Lagi, jgn lupa minum air yg byk. Kalau kita gemuk air, salah satu cara nk buang adlh dgn minum air yg byk. So badan tak simpan air. Kurangkan garam dlm masakan.  Ambil snack antara breakfast ke lunch dan antara lunch ke dinner. Antara snack yg bagus adalah jambu batu, kekacang, kismis etc. Tp ingat, kena jaga portion jugak. Jgn makan jambu sampai lima biji =_='

Utk senaman, aku buat jogging, body combat, zumba, squat, lunges, sit up etc. yg selalu nye jogging je. yg lain2 aku buat bila rajin. Haha
Ape lagi eh. Oh yg penting kena istiqomah. Mcm aku, turun lambat sikit sbb time raya aku melantak tak hengat And ade jugak beberapa kali aku stop berbulan2 lpstu sambung balik. Yg ni jgn ikut yeee. Hehe. Skrg ni baru nk start balik. Aim aku nk dpt kan 64kg. InsyaAllah. Semoga Istiqomah.

Kalau ade ape2 pertanyaan, boleh rujuk pd yg pakar. Meh aku share kn.

Kalau bab diet, blh rujuk : fb(Mohd Khairul Azuan) Insta (keyo87)
Kalau bab workout atau ade niat nk buat pt,: fb(Gillian Benjamin) Insta(fitnessmodel_gillianbenjamin) dengan fb(Qhal Isnariah) insta (qh4l)

So goodluck pada yg nak turun berat. Harap ini membantu. ;)

Fighting!

S

Sunday, January 25, 2015

Menabung.

Assalamualaikum buat yg muslim dan salam sejahtera buat semua.

Okay utk post sebelum ni. Aku dh buat keputusan. Memandangkan bulan 8 mama kata nk kena UK, so aku pilih utk simpan duit. Hehe. Mama kata simpan duit, dkt sana nanti shopping la. Yeayers!

Jadi setelah mengira-ira dan mencongak-congak, aku kena simpan dalam rm600 sebulan. (Tolong la simpan sakinah. Tahan nafsu shopping sikit okay? )

Jadi, impian aku sekarang nk melancong ke  byk2 tempat sebelum kahwin. Sbb org kata, dah kawin nanti susah. kos bertambah. kalau ade anak kecik lagi payah.  Jadi, marilah berusaha!

S

Saturday, January 24, 2015

Verangan

Assalamualaikum buat yang muslim dan salam sejahtera buat semua.

Hmmm. Saje nak cerita satu benda. Aku dikategorikan orang yang kuat berangan. Tapi usaha/ inisiatif nye yilek. Kehkehkeh. Zetty and Anis (ex-roommate dkt UM) mmg dah faham sgt dah. Sampai dalam kelas, masa boring dengar lecture, Zetty list kan semua angan2 yang aku selalu cerita dekat dorang. Tajuk benda tu Impian Sakinah. Aduh haritu ade gambar impian2 tu. tapi tak igt dh transfer ke laptop ke belum. Kalau jumpa nanti aku upload okeh.

Yang aku igt, impian pertama nak jadi permaisuri agong. hahahahaha. Dorg pun semua layan je la. lagi, nak body hot macam pussycats doll. lagi, nak bukak kedai kek. lagi nak main gitar. lagi apetah. tapi nama pun berangan kan. semua mcm hangat2 tahi ayam.

So, memandangkan hidup ni singkat. Teringin nak cuba satu-satu. Gitar yang memang dari kecik minat tapi tak pernah belajar. Belajar buat kek, belajar bahasa arab. Kak Leen ckp, try la buat satu benda baru setiap bulan. Hmm menarik. Tapi tengah fikir, nak kumpul duit, atau belajar benda baru.

Hmmmmmmm.

S


Thursday, January 22, 2015

Padang & Bukit Tinggi

Assalamualaikum. Lama tak tulis blog. Sebab jarang ada masa. Maklum la, busy workout, kerja blabla. (poyo tak? :'))

Okay post ni aku buat special utk apip. Sebab atas permintaan dia. Katanya boleh honeymoon dekat sini. Sila la terharu apip. :P

11-14 januari 2015, aku and beberapa kawan ofis pergi ke padang. Naik Air Asia. Masetu ade promotion. So tiket pergi balik RM160++ campur beg pergi balik jadi RM260++. Ampun. Walaupun baru je tapi tak ingat. Haha. 

Kos perjalanan pulak RM521 sorg. Pergi dalam 7 org. Ktorg mintak quotation dari Lombok Travel. Sbb dulu pergi lombok pun guna pakej dia. So far so good.

Sori apip, post kalini aku tak mampu nk tepek gambar sbb gambar dlm ipod. Next post aku tepek gmbr je ye. Yg ni aku cerita je dulu.

Sampai2 airport padang, kitorg terus gerak ke Bukit Tinggi. Bukit tinggi best! Cuaca sejuk macam cameron. Breakfast pun terketar2. Kopi baru tuang terus sejuk. Dengar mcm over tapi itu la realiti nye. hahaha.

Dekat bukit tinggi, yang best kalau siapa nk kawin, nk buat baju utk bridesmaid ke mmg best. kain sulam dia cantik2. telekung pun cantik2. Sila la bawak duit lebih. Aku haritu bawak dua juta mmg tak cukup. hari ketiga duit dh habis licin. T.T Jubah dia pun lawa2 and murah. Kain batik, kain pelikat, beg telekung dan lain2 lagi pun semua cantik2.

Kitorg tidur 3 hari dua malam dkt bukit tinggi. dan dua hari satu malam dkt padang. Padang tak best sikit. Panas and takde tmpt shopping. Utk tmpt2, nanti la aku cerita ye apip. Utk tmpt tak best pulak takde gambar. tak feel org kata. :P Kalini secara general je dulu. Okay thats all for now. Bye.

S