Hari Keputerian

Wednesday, December 26, 2012

Masterchef 3.

Alkisah di zaman sekarang, terdapat seorang gadis yang selalu berangan untuk menjadi sehebat chef wan. Kalau masak confirm tak jadi. Kadang2 terlebih garam, kadang terkurang garam. Tapi sebab selalu dia masak, dia yang makan. Pasti makanan yg dimasak licin juga akhirnya.

Pada suatu hari, apabila bahan tersedia, tinggal untuk berangan sahaja, dia punya satu idea. "Apakata aku cuba cungkil bakat terpendam ini."

Wallllaaaaaaaaa! Untuk pengetahuan, aku xsuka pun strawberry sauce yg atas ice cream tu. Tapi xnk hiasan pinggan nampak hambar je semua warna cokelat. So tambah la warna merah sikit. hahahahhahahahahha mak berangaaaannn kauuu nak masuk masterchef. Dah terikut2 lettew sampai hiasan pun ada pulak hambar bagai. Haha

Ni post bosan nama nya. Okay bai.
Happy anniversary ayah mama. happy birthday haziq! ;)

Wednesday, December 19, 2012

Azam ku setiap hari.

Aku pasti ini azam kebanyakan wanita. aku yakin 90% wanita ada azam sebegini melainkan mereka tidak mahu turun. Bukan turun tangga. Bukan turun gred. Bukan! Tapi turunkan jisim badan. hakhak

Setiap hari, (atau waktu lebih tepatnya selepas makan), aku pasti menanam azam. "ah, banyaknya makan. Mlm kena mkn biskut cicah air je ni". "Ish, esok nk makan sesenduk je nasi" "Okay harini last makan nasi. Esok nk makan mee mee je". Ye itu memang hobi ku. Menanam azam. SETIAP HARI. saya ulang, SETIAP HARI! Tapi apakan daya, serangga terlalu banyak. Setiap azam ku layu. di mamah serangga nafsu. Wow, terlalu puitis pulak aku rasa. hahahahha

Nafsu shopping aku boleh lawan (sikit2 la). Tapi nafsu makan. Astaga. Lari anuar zain tengok. hahahhaha. Dari dulu aku xkan lokek duit nak beli makanan. Tapi kalau nk beli handbag ke, baju ke, kasut ke, fikir jugak la dua tiga kali. hewhew

Tapi, aku akan berusaha untuk menyuburkan azam ini(PLEASE LAH!) Kalau perlukan baja, akan aku carik. Kalau perlukn racun penghapus serangga (read: nafsu), akan aku cuba. Bilang saja. matahari? air? apa yang kau perlukan wahai azam ku? katakan saja. (cewah semangat! ) aku akan mula bercucuk tanam selewat-lewatnya isnin minggu depan. Nanti akan aku ceritakan bagaimana tanaman ku. suburkah ia. atau masih layu di tasik madu. hahahahahahha okay chow!

Nah Sakinah, sikit baja untuk kau.
Assalamualaikum, selamat malam. ;)